Anak Ini ...
Wednesday, 18 January 2012 ? 2 Atashinchi ?
Assalamualaikum wbt
Nukilan yg bakal dicoret ini bukan lah kisah dongeng puteri raja , bukan juga rekaan penulis untuk menarik minat membaca. Kisah ini merupakan kisah yang panjang dan penuh dengan kejujuran , keikhlasan dan juga pembongkar segala rahsia yang disimpan selama ini. Teruskanlah membaca jika mahu.
Tanggal hari keempat pada bulan Oktober lahirlah seorang anak perempuan yang sempurna kejadiannya. Puteri kedua bagi pasangan suami isteri muda ini mampu membuatkan kedua orang tuanya tersenyum bahagia tatkala menyambut dirinya yang mempunyai berat 3.1kg itu. Anak ini membesar dalam kehidupan yang cukup indah.
Anak ini menjadi kesayangan jiran tetangga dek wajahnya yang comel dan penampilannya yang sentiasa kemas. Begitu juga kakak sulung kesayangannya. Kehidupan anak ini dilimpahi manisan yang tiada tolok tandingnya. Ibunya yang gemar menjahit gaun gaun persis seorang puteri untuknya dan ayahnya yang bergelar seorang jurutera telah memberikan apa yang diinginkannya.

Apabila anak ini melangkah ke tadika , dia telah menjadi murid kesayangan guru nya pula. Anak ini tidak seperti murid murid yang lain. Anak ini tidak duduk di kerusi dan tidak juga menulis di meja. Anak ini sentiasa duduk di riba gurunya. Guru nya menjadi terlalu sayang akan dirinya kerana sikapnya yang manja dan tidak banyak ragam itu.
Apabila anak ini menjenguk ke usia yang lebih tinggi , anak ini telah bersekolah di sekolah convent. Anak ini menjadi semakin cemerlang dan semakin menyinar. Berbekalkan sekolah yang mempunyai asas English yang kukuh , anak ini aktif menceburkan diri dalam acara pementasan dan juga sukan.
Anak ini telah Berjaya mengharumkan nama sekolah dengan melayakkan dirinya bertanding dalam Choral Speaking di peringkat kebangsaan selama 2tahun. Ketika anak ini berusia 12 tahun , dia dikejutkan dengan khabar yang tidak enak didengar. Ayahnya terpaksa berpindah ke negeri Johor atas tuntutan kerjaya. Anak ini sedih namun pasrah.

Di sekolah barunya anak ini terus cemerlang. Dia aktif dalam sukan dan sering terpilih dalam acara olahraga. Apabila keputusan UPSR diumumkan , anak ini sekali lagi membuktikan yang dirinya memang cemerlang. Anak ini Berjaya mandapat 5A dan menjadi kebanggaan keluarganya tika itu. Sesudah menyelesaikan proses permohonan ke sekolah sekolah tertentu , anak ini telah mendapat tawaran ke sekolah yang terletak betul betul di Bandar Johor Bahru. Di sana , anak ini terus aktif dalam sukan dan acara pementasan.
Ketika usianya menganjak ke angka 15 , anak ini telah berpindah ke sekolah kluster berdekatan dengan rumahnya. Di sini segalanya berbeza. Di sini segalanya tidak serupa. Dan di sini lebaran baru bermula. Anak ini tidak lagi secemerlang dahulu. Anak ini tidak lagi aktif sukan seperti dahulu. Anak ini bukan lagi kebanggaan keluarga seperti tahun tahun lalu.
Apabila keputusan PMR diumumkan anak ini seperti mahu rebah. Keputusannya yang tidak memberangsangkan telah membuatkan dirinya terkesima. Anak ini mengurungkan dirinya di dalam bilik tanpa mahu keluar. Anak ini mematikan telefon bimbitnya dan tekad untuk merahsiakan keputusannya yang hanya 5A 3B itu.

Apabila matahari tahun baru mengintai di jendela , anak ini bangkit dengan semangat baru. Anak ini berusaha untuk menjadi yang terbaik semula. Peperiksaan akhir tahunnya telah membuktikan yang dia cukup berusaha. Anak ini melihat buku rekodnya semula 6A 4B , Alhamdulillah masih boleh diperbaiki.
Apabila anak ini bergelar pelajar tingkatan 5 di sekolah kluster tersebut ,banyak perkara pahit dan manis telah berlaku. Banyak sehingga tidak tercoret di sini. Ketika hari lahirnya yang ke-17 , tiada sebarang ucapan yang diterima daripada ahli keluarganya kecuali daripada kakaknya yang nun jauh menuntut di UNIMAS , Sarawak.

Namun anak ini mengabaikan segala tanggapan nakal yang bersarang di hatinya. 7 Oktober 2011 , ketika anak ini sedang menuntut ilmu di sekolah bagi menyediakan dirinya untuk menghadapi SPM , ibunya telah berkata bahawasanya “abah ummi dah bercerai” Anak ini terkesima namun riak mukanya tidak terlukis sebarang emosi. Anak ini redha. Anak ini pasrah.
Sekarang , anak ini sudah menemui kehidupan barunya bersama ibu dan adik beradiknya. Walaupun tiada lagi banglo , tiada lagi kamar tidur peribadi , tiada lagi laman rumah yang luas dan lapang , tiada lagi kemewahan dan yang pastinya tiada lagi ayah yang tinggal sebumbung namun anak ini masih berusaha untuk menjadi kebanggaan keluarganya.

Anak ini adalah seorang gadis yang kuat. Anak ini adalah seorang gadis yang tidak suka menangis di khayalak. Anak ini adalah diriku. Anak ini adalah saya. Anak ini adalah Siti Huwaini binti Normazli. Dan anak ini bakal menjadi kebanggaan keluarganya (;