Forever Young

Ini Doaku ..
Sunday, 5 February 2012 ? 0 Atashinchi ?
Assalamualaikum wbt.


yaa inilah wajah yni tanpa sebarang make up , tanpa secalit bedak , tanpa seclick edit. ciptaaan Tuhan , anugerah Allah. alhamdulillah (: actually harini yni nak express dekat blog stokin nii about rasa hati yni. lagi sedap panggil , doa yni. Women Secret Recipe tuu tukar kepada Yni's Secret Inside. boleh ? pun boleh hee. (yni taktahu pun sebenarnya tuu kotak apa , umi punya.yni pinjam)



Bismillahirrahmanirrahim..


Ya Allah ya Tuhanku , aku takut dengan permulaan untuk sebuah tali persahabatan yang dimulakan dengan kata kata dusta dan pujian palsu semata. aku takut tali persahabatan yang halus dan yang baru mahu kukuh itu terputus akibat permulaan yang salah. aku takut.



ya Allah ya Tuhanku , aku takut pujian yang berlebihan itu akan membuatkan diriku diselubungi sifat angkuh dan riak ya Allah. sesungguhnya angkuh itu hanya pakaianMu ya Allah. aku yang kerdil lagi hina ini tidak sesuai untuk bersifat sebegitu. aku takut.


ya Allah ya Tuhanku , aku takut kata kata hambaMu yang bertapis itu mempunyai maksud yang tersembunyi. aku takut aku hilang pertimbangan antara apa yang betul dengan apa yang salah. aku takut aku buta dengan kebenaran. aku takut.


ya Allah ya Tuhanku , aku takut apabila 'soalan' itu diajukan kepada aku ya Allah. aku takut jika 'soalan' itu keluar daripada mulut orang orang yang salah. aku takut 'soalan' itu disalahguna bagi mengelirukan fikiran aku ya Allah. aku takut.


ya Allah ya Tuhanku , sesungguhnya ini lah yang paling aku takut. aku takut sebuah persahabatan yang dulunya indah diputuskan hanya dengan satu ungkapan cinta daripada hambaMu itu. perasaan sayang telah menjadi cinta. aku takut.


ya Allah ya Tuhanku , jauhkanlah aku dari segala hal yang aku takuti ini ya Allah. lindungilah aku dari fitnah dunia ya Allah. aku memohon padaMu , aku meminta padaMu. perkenankan lah doaku ya Allah. ameen..





Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post


//N-Time By Hwang Jung Eum Feat. T-ara.